Techtamu Cyberjaya Meetup #12
Bagaimana syarikat teknologi Malaysia boleh menembusi pasaran Jepun?
Techtamu dengan kerjasama Leave a Nest Malaysia membawakan Cyberjaya Meetup #12 bertemakan "Menuju Pasaran Jepun", sebuah acara yang memberi tumpuan kepada peluang, persediaan dan strategi untuk syarikat teknologi Malaysia mengembangkan perniagaan mereka ke Jepun.
Acara ini akan membincangkan perjalanan membangunkan sesebuah syarikat teknologi, bermula daripada pembangunan prototaip, pengkomersialan produk, pengembangan perniagaan, mendapatkan pelaburan, persediaan ke arah IPO sehinggalah meneroka peluang memasuki pasaran antarabangsa, khususnya Jepun.
Melalui perkongsian daripada pemain industri, peserta berpeluang memahami cabaran sebenar, strategi perniagaan serta kepentingan membina hubungan dan kerjasama dengan rakan industri di Jepun.
Kenali 3 penceramah kita
1. Abdul Hakim Sahidi
Managing Director, Leave a Nest Malaysia
2. Dr. Hanafiah Yussof
Founder & Group CEO, Robopreneur Sdn Bhd
3. Captain James Anthony Tan
Record-Breaking Malaysian Pilot, Entrepreneur & TEASK
Siapa yang patut hadir?
Pengasas startup dan usahawan teknologi Syarikat teknologi dan SME yang ingin berkembang ke Jepun Profesional dalam bidang AI, robotik, kejuruteraan dan R&D Pelabur, pemimpin industri dan pembuat keputusan perniagaan Individu yang berminat dengan pengkomersialan teknologi dan pengembangan pasaran antarabangsaMaklumat Acara
📅 Tarikh: Khamis, 29 Oktober 2026
🕘 Masa: 9:00 pagi – 2:00 petang
📍 Lokasi: Center of Garage Malaysia, Cyberjaya
🤝 Anjuran: Techtamu × Leave a Nest Malaysia
🎙️ Maklumat penceramah akan diumumkan tidak lama lagi.
Jom sertai Techtamu Cyberjaya Meetup #12!
Kenali pemain industri, bina hubungan baharu dan terokai peluang untuk membawa teknologi serta perniagaan Malaysia ke pasaran Jepun.
Techtamu KL Meetup #5
Jom sertai kami di Techtamu KL Meetup #5 dengan tema “Inovasi Merentas Sektor”.
Acara ini juga merupakan event ke-25 oleh Techtamu dalam usaha kami menghubungkan komuniti teknologi, bakat tempatan, founders dan pemain industri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.
Kali ini, kami bawakan tiga speaker daripada bidang yang sangat berbeza — space exploration, AgriTech dan digital marketing — untuk berkongsi pengalaman, perspektif serta bagaimana teknologi dan inovasi digunakan dalam dunia sebenar.
Bukan sekadar sesi perkongsian, acara ini juga membuka peluang untuk anda bertemu dengan developers, tech professionals, students, founders, marketers, community builders dan mereka yang sedang membina kerjaya atau perniagaan dalam ekosistem teknologi.
Daripada meneroka dunia angkasa, membangunkan teknologi untuk sektor pertanian sehinggalah menggunakan digital marketing untuk membantu perniagaan berkembang, meetup kali ini membawa kita melihat bagaimana teknologi tidak bergerak dalam satu industri sahaja.
Inovasi boleh berlaku di mana-mana.
Anda juga berpeluang untuk mengenali 42 Kuala Lumpur dengan lebih dekat serta melihat sendiri sebuah institusi pendidikan teknologi yang menggunakan pendekatan pembelajaran berbeza daripada sistem pendidikan konvensional.
🎤 Barisan Speaker:
• Hafez Murtza (Apadilangit)
Perkongsian mengenai space exploration, astronomi, teknologi dan bagaimana bidang angkasa membuka lebih banyak ruang kepada inovasi serta generasi masa hadapan.
• Luqman Hakim Mohamad Sabri (Pro Ladang PLT)
Building AgriTech Solutions: Opportunities, Challenges & Reality
Perkongsian mengenai peluang, cabaran dan realiti sebenar membangunkan teknologi dalam sektor pertanian.
• Amirul Mokhtar (RakanSales)
From Product to Paying Customers - Practical Digital Marketing & Go-to-Market Lessons for Tech
Perkongsian mengenai digital marketing, pemasaran moden serta bagaimana teknologi boleh digunakan untuk membantu perniagaan mendapatkan pelanggan dan berkembang.
📅 Butiran Acara
Tarikh: Sabtu, 12 September 2026
Masa: 9:00 pagi – 2:00 petang
Lokasi: 42 Kuala Lumpur | 42 Malaysia, Duplex, Jalan PJS 11/26, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
🗺️ Bagaimana Nak Ke Sana?
Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/vd5xJ6qhYgYB6uYL6
Waze:
https://waze.com/ul/hw2832n5xs
Datang untuk mendapatkan perspektif baharu tentang bagaimana teknologi dan inovasi digunakan dalam sektor yang berbeza, daripada angkasa dan pertanian sehinggalah kepada pemasaran digital.
Ini juga peluang untuk bertukar idea, membina connection, mendapatkan inspirasi dan berkenalan dengan lebih ramai individu daripada pelbagai latar belakang dalam ekosistem teknologi dan keusahawanan Malaysia.
Sama ada anda seorang student, developer, founder, marketer, tech professional atau sekadar curious tentang teknologi dan inovasi, anda dialu-alukan untuk bersama kami.
Tempat adalah terhad, jadi pastikan anda mendaftar lebih awal.
Jumpa anda di Techtamu KL Meetup #5, acara ke-25 anjuran Techtamu.
Majulah pembangun teknologi Malaysia!
𝘋𝘪𝘴𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮𝘦𝘳: 𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳𝘴 𝘱𝘢𝘳𝘵𝘪𝘤𝘪𝘱𝘢𝘵𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘪𝘯𝘥𝘪𝘷𝘪𝘥𝘶𝘢𝘭/𝘱𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘤𝘢𝘱𝘢𝘤𝘪𝘵𝘪𝘦𝘴. 𝘝𝘪𝘦𝘸𝘴 𝘦𝘹𝘱𝘳𝘦𝘴𝘴𝘦𝘥 𝘢𝘳𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘰𝘸𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘥𝘰 𝘯𝘰𝘵 𝘯𝘦𝘤𝘦𝘴𝘴𝘢𝘳𝘪𝘭𝘺 𝘳𝘦𝘱𝘳𝘦𝘴𝘦𝘯𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘳𝘦𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘰𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘴𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴.